ZPP sedia bantu ibu angkat Nurhidayah - Utusan Malaysia

ZPP sedia bantu ibu angkat Nurhidayah

Keratan akhbar Utusan Malaysia 20 September 2021 yang melaporkan kisah Nurhidayah Ismail menjaga ibu angkatnya Zaiton Othman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Zakat Pulau Pinang (ZPP) sedia menyalurkan bantuan perubatan termasuk kos rawatan, lampin pakai buang serta bekalan susu terhadap pesakit kanser lidah yang juga ibu angkat kepada seorang ibu muda di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, pihaknya telah menghubungi anak angkat  Zaiton Othman, 59, iaitu Nurhidayah Ismail, 28, sejurus kisah kehidupan mereka dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

AMRAN HAZALI

Menurutnya, siasatan mendapati pemohon yang juga pesakit kanser lidah dilaporkan menetap bersama anak angkat yang berkeluarga sejak setahun lalu selepas kematian suaminya.

“Pemohon (Zaiton) mempunyai kediaman sendiri tetapi lebih selesa menetap di rumah anak angkatnya. Dia juga merupakan penerima bantuan sara hidup sebanyak RM600 one off daripada ZPP.

“Kami telah memaklumkan kepada  anak angkatnya supaya mendapatkan borang perubatan bagi pemberian bantuan yang bersesuaian termasuk kos rawatan, susu dan lampin pakai buang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan kisah seorang ibu muda berusia 28 tahun yang cekal dan tabah mengharungi liku kehidupan hariannya dengan menjaga ibu angkat yang menghidap kanser lidah tahap empat di kediaman sewa mereka.

Ibu kepada empat cahaya mata berusia 11 hingga tiga tahun itu kini hanya menguruskan perniagaan roti canai bersama suaminya dengan memperoleh pendapatan  sekitar RM1,500 sebulan.

Sementara itu, Nurhidayah ketika dihubungi memberitahu, permohonan bantuan perubatan dari ZPP itu sekurang-kurangnya membantu meringankan beban dan kesakitan yang dialami ibunya selama ini.

“Sudah lama menunggu bantuan sebegini dan ibu semestinya individu paling  gembira apabila mendapat tahu tentang bantuan yang bakal diterimanya nanti,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya