Gempa Venezuela: Malaysia turut berduka

Gempa Venezuela: Malaysia turut berduka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Venezuela susulan bencana gempa bumi yang menggegarkan bahagian utara negara tersebut sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bencana yang berlaku merupakan gempa antara terkuat pernah direkodkan negara Amerika Latin itu sejak lebih seabad lalu.

Katanya, buat masa ini, jumlah mangsa masih belum diketahui.

“Ingatan dan doa saya bersama setiap keluarga yang sedang berduka serta mereka yang masih menanti khabar mengenai insan tersayang akibat terperangkap di bawah runtuhan,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menaruh keyakinan sepenuhnya terhadap pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dengan berani dan tabah dalam usaha menyelamatkan mangsa.

“Malaysia juga percaya bantuan sedang digerakkan oleh masyarakat antarabangsa akan dapat memberi sedikit kelegaan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Laporan berita antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 32 orang maut dan lebih 700 lagi cedera dalam gempa bumi kuat di Venezuela akibat dua gempa bumi kuat menggegarkan negara tersebut semalam.

Kejadian turut mengakibat puluhan bangunan runtuh di ibu negara Caracas dan kawasan sekitarnya.

Gempa pertama berukuran magnitud 7.2 melanda kira-kira 160 kilometer di barat Caracas, sebelum disusuli kurang seminit kemudian oleh gempa kedua bermagnitud 7.5, menurut Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN