PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan ambil alih aplikasi Whatsapp.
SKMM dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh mengikuti beberapa langkah bagi memastikan akaun Whatsapp dilindungi serta sentiasa peka dan prihatin apabila berada dalam talian.
Kata kenyataan iu, orang ramai boleh masukkan nombor ke pautan http://faq.whatsapp.com/android/verfification/veryfying-your-number.
“Kemudian masukkan kod enam angka yang dihantar melalui pesanan teks ke Whatsapp anda untuk melog keluar penceroboh.
“Anda kemudian mungkin diminta masukkan pesanan dua langkah. Jika tidak mempunyai kod, kemungkinan penceroboh telah mengaktifkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, orang ramai perlu menunggu tujuh hari untuk mengakses Whatsapp tanpa pesanan dua langkah.
“Anda boleh cuba mengakses akaun Whatsapp sekali lagi pada hari ketujuh.Penceroboh sepatutnya telah dilog keluar apabila memasukkan kod pengesahan.
“Ketahui bagaimana anda boleh melayari dan memastikan akaun WhatsApp anda selamat daripada diretas dengan mengunjungi laman pautan ini – https://wethinkdigital.fb.com/my/en-my/taknakscam/,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE










