Waspada panggilan, SMS tak dikenali - Utusan Malaysia

Waspada panggilan, SMS tak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan turut menasihatkan orang awam agar tidak memberi maklumat peribadi dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian serta  tindakan susulan.

Peringatan itu timbul susulan wujudnya tindakan pihak  tidak dikenali menyamar sebagai wakil sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan menawarkan wang sebanyak RM300 melalui Jaringan Prihatin.

Para pengguna yang dihubungi diminta perlu memberikan nombor kad pengenalan, nombor kad ATM dan tiga nombor di belakang kad ATM dam butiran peribadi mereka.

Untuk rekod, Jaringan Prihatin adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Tambah SKMM, orang awam boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung insiden penipuan kepada pihak PDRM melalui talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Dalam usaha menangani insiden penipuan, SKMM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Telekomunikasi melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan SMS untuk mendidik pengguna mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah yang boleh diambil bagi menghalang cubaan penipuan (scam) yang semakin berleluasa.

“Fokus kempen kesedaran itu terarah kepada tiga modus operandi jenayah telekomunikasi iaitu penipuan panggilan (vishing), penipuan SMS (smishing) dan penipuan kod transaksi pengesahan (TAC),” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.