Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah - Utusan Malaysia

Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah

ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang hari ini sebelum menemukan mayat seorang wanita warga emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang wanita warga emas ditemukan mati bersendirian di dalam sebuah rumah di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam, dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 61 tahun itu ditemukan pasukan penyelamat dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah yang berkunci kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.12 tengah hari sebelum tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pemanggil yang memaklumkan seorang mangsa dikhuatiri pengsan di dalam rumah yang terkunci.

“Pasukan bomba kemudiannya memecahkan pintu rumah tersebut menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi oleh sembilan anggota termasuk penyelia itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.57 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN