Wakil 550 mahasiswa antivaksin serah memorandum kepada KPT - Utusan Malaysia

Wakil 550 mahasiswa antivaksin serah memorandum kepada KPT

ALIF Mustaqim Shukri menyerahkan memorandum Bantahan Paksaan Vaksinasi kepada KPT di hadapan pintu masuk KPT, Putrajaya. UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula polisi mewajibkan vaksinasi Covid-19 kepada mahasiswa dan staf bagi tujuan kemasukan secara fizikal ke kampus. 

Pengerusi Malaysia Student Movement (MSM), Alif Mustaqim Shukri berkata, polisi yang ditetapkan KPT tidak mempunyai asas saintifik dan tidak berperlembagaan serta tidak beretika.

Menurutnya, tiada undang-undang bertulis yang menyuruh mahupun mewajibkan vaksin kepada sesiapa pun.

“Penekanan bahawa pilihan untuk divaksin merupakan pilihan peribadi dan faktor yang menyebabkan seseorang menjadi penyebar virus Covid-19  adalah beban virus dan bukannya status vaksinasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Paksaan Vaksinasi yang diterima Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil di hadapan pintu masuk KPT.

Turut hadir kira-kira 15 wakil MSM yang mewakili 550 pelajar IPT awam dan swasta termasuk pensyarah, guru dan kakitangan yang berkhidmat dengan KPT dan Kementerian Pendidikan. 

Pada 14 September lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad memaklumkan hanya pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik yang telah mendapat suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin sahaja yang dibenarkan masuk ke kampus.

Perkara itu, jelasnya, adalah tertakluk kepada kapasiti IPT dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini merupakan satu langkah bagi membentuk persekitaran yang selamat dan imuniti kelompok (herd immunity) di kampus.

“Bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya