LE MANS: Bekas juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin melakar sejarah buat dirinya apabila menjuarai Grand Prix Perancis di Le Mans, sebentar tadi.
Kemenangan itu merupakan kemenangan pertama MotoGP buat pelumba kelahiran Sepanyol itu sejak muncul juara dunia pada 2024.
Pelumba Aprilia itu memintas pendahulu perlumbaan, Marco Bezzecchi dengan berbaki tiga pusingan sebelum menamatkan perlumbaan di hadapan pencabar kejuaraan itu.
Kemenangan itu turut merapatkan kedudukan Martin dalam perebutan gelaran dunia apabila dia kini hanya dipisahkan satu mata di belakang rakan sepasukan Aprilia itu.
Sementara itu, Ai Ogura menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bersama pasukan satelit Trackhouse untuk memastikan Aprilia menguasai keseluruhan podium buat kali pertama dalam sejarah MotoGP.
Kejayaan Ai Ogura itu menjadikannya pelumba Jepun pertama menaiki podium MotoGP sejak Katsuyuki Nakasuga melakukannya pada Grand Prix Valencia 2012.
Sementara itu, juara bertahan, Marc Marquez terlepas aksi perlumbaan selepas mengalami patah kaki akibat kemalangan ketika perlumbaan pecut, semalam.
Pelumba Sepanyol itu juga disahkan tidak akan beraksi pada Grand Prix Catalunya minggu depan kerana perlu menjalani pembedahan.- AGENSI










