(VIDEO) Selepas ikan lumba-lumba, Yu Paus pula ditemukan di perairan Kuala Perlis - Utusan Malaysia

(VIDEO) Selepas ikan lumba-lumba, Yu Paus pula ditemukan di perairan Kuala Perlis

IKAN Yu Paus ditemukan di perairan Kuala Perlis sekitar tiga atau enam batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ikan Yu Paus dianggarkan seberat lima tan metrik ditemukan di perairan Kuala Perlis pada jarak enam batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini, hari ini.

Ikan yang beratnya dikatakan boleh mencecah 15 tan metrik itu, iaitu spesies yang sukar dijumpai di perairan Kuala Perlis ditemukan salah seorang pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas, 31, ketika sedang melakukan rondaan di perairan sekitar pukul 2 petang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengasas PNW, Syamil Abd. Rahman berkata, ikan tersebut sememangnya sukar ditemukan namun secara kebetulan sahabatnya itu melihat kelibat ikan berkenaan yang bermain-main dan timbul di perairan tersebut.

Katanya, ikan tersebut tidak mengundang bahaya kepada manusia sebaliknya hanya mengikut bot di perairan tersebut.

“Tidak sangka pula sahabat saya boleh menemukan ikan tersebut yang jarang-jarang dijumpai di sini (perairan Kuala Perlis). Ikan Yu Paus yang ditemukan itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan.

“Ikan tersebut juga jika ditemui khususnya semasa cuaca cerah dan lazimnya berada sekitar tiga hingga enam batu nautika dari pantai,” katanya.

Sumber Video : Khairul Anuar Abas

Terdahulu, gempar apabila seekor ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy seberat kira-kira 150 kilogram dengan panjang 2.5 meter ditemukan mati terdampar di tepi laut berhampiran Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis hari ini.

Jumaat lalu, terdapat dua kes ikan lumba-lumba terdampar ditemukan bagaimanapun dapat diselamatkan oleh nelayan serta dibawa kembali ke tengah laut.

Ikan Yu Paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus adalah sejenis Ikan Yu yang bergerak perlahan dan mengamal diet pemakanan bertapis dan juga merupakan spesies ikan besar dan gergasi.

Purata umur hidup ikan tersebut boleh mencecah sehingga 70 tahun. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya