Vaksinasi ‘kayu pengukur’ ibu bapa percaya hantar anak ke sekolah

Vaksinasi ‘kayu pengukur’ ibu bapa percaya hantar anak ke sekolah

Kementerian Kesihatan tiada bukti kanak-kanak bawah 12 tahun memerlukan vaksin Covid-19. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar vaksinasi akan menjadi kayu pengukur untuk pembukaan sesi persekolahan supaya ibu bapa yang ingin menghantar sekolah dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka. 

Dalam satu kenyataan media, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau berpandangan pendekatan terbaik untuk kembali membuka sekolah adalah mengikut daerah secara berperingkat dan bukannya mengikut negeri berdasarkan fasa pemulihan.

“Dalam sesebuah negeri, akan ada daerah yang kadar jangkitan adalah rendah dan terkawal. Jadi Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh membuka dahulu sekolah di daerah tersebut.

“Bagi daerah yang masih tinggi kadar jangkitan harian, sekolah tidak boleh dibuka dahulu walaupun berada di negeri fasa tiga atau empat.

“Vaksinasi juga adalah penentu sebenar kepada pembukaan sekolah. Sepatutnya hanya sekolah yang murid-murid telah divaksinkan sahaja dibenarkan beroperasi semula,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Radzi Jidin telah mengumumkan sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021.

Pembukaan sekolah ini adalah berasaskan kepada fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara.

Anuar berkata demikian atas tujuan mendapatkan kembali keyakinan ibubapa untuk menghantar anak-anak kembali  ke sekolah.

“Sebenarnya model pembukaan sekolah secara bergilir mingguan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan akan mewujudkan tiga kumpulan pelajar di dalam sesebuah kelas iaitu kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.

“Pasti ada sebahagian dari murid kumpulan A dan sebahagian murid kumpulan B yang tidak akan dibenarkan oleh ibubapa ke sekolah atas sebab bimbangkan keselamatan anak-anak. Kumpulan ini akan membentuk kumpulan C iaitu kumpulan ‘cicir’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya