Untuk seketika, saya pun pernah buntu - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Untuk seketika, saya pun pernah buntu – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengaku sewaktu negara berdepan dengan krisis pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, dia juga dibelenggu dengan kebuntuan sebagaimana usahawan dan peniaga-peniaga kecil lain.

Mengusahakan kedai makan King’s Eye yang terletak di medan selera Masok, Kampung Baru di ibu kota, Uyaina yang menjalankan perniagaan tersebut bersama Raja Shahiran berdepan dengan situasi sukar apabila lokasi tersebut bertukar suram tanpa kehadiran pelanggan.

“Tidak seperti sebelum PKP dilaksanakan, di sini boleh lihat ramai pelanggan hadir terutama pada waktu hujung minggu.

“Apabila PKP sekali lagi kenakan, kedai makan jadi kurang sambutan dan kami tiada pilihan lain kecuali beroperasi secara atas talian sahaja.

“Keadaan itu menyebabkan kami dan juga peniaga lain di sini rasa sukar dan buntu,”katanya ketika ditemui bersama Raja Shahiran di kedai makan tersebut malam semalam.

Bagaimanapun, Uyaina melahirkan rasa syukur dan gembira apabila kerajaan mula melonggarkan peraturan mengikut pelaksanaan PKP apabila sektor perniagaan restoran kini dibenarkan dibuka untuk pelanggan makan di kedai.

“Rasa lega juga mendengar pengumuman tersebut kerana dapat membantu sektor perniagaan untuk bernafas semula perlahan-lahan.

“Tetapi, sudah tentu, apa pun baik pekedai mahupun pelanggan, masing-masing kena utamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”katanya.

Selain itu, kata Juara Pencarian Nona Manis 2015 ini, dia amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya apabila kedai makannya mula kembali rancak beroperasi, hasratnya untuk membantu beberapa rakan menjana pendapatan dapat direalisasikan.

Katanya, itu juga merupakan antara tujuan dia dan Raja Shahiran membuka perniagaan tersebut sebelum ini selepas didekati wakil kumpulan Floor 88, Alif Farhan.

“Asalnya langsung tak terfikir pun nak meniaga tapi kami mempunyai rakan dan sepupu yang ingin menjalankan perniagaan ini bersama-sama.

“Mereka mempunyai pengalaman dalam bisnes makanan, jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergabung dengan mereka dalam usaha ini. Niatnya nak membantu dan Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Uyaina bakal memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 pada Oktober ini.

Difahamkan, menerusi naskah berjudul Kau Cipta Kasih itu, Uyaina bakal bergandingan dengan aktor Nazim Othman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya