PUTRAJAYA: Pemilihan UMNO yang masih ditangguhkan wajar dilaksanakan pada suku pertama tahun depan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ia juga sebagai menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu, menyaksikan persetujuan kerajaan untuk tidak membubarkan Parlimen sehingga 31 Julai 2022. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Datuk Adnan Seman berkata, ia bertujuan mewujudkan kestabilan politik sekurang-kurangnya sehingga…










