Tiba masa Sabah diberi autonomi ekonomi - Salleh Said Keruak - Utusan Malaysia

Tiba masa Sabah diberi autonomi ekonomi – Salleh Said Keruak

SALLEH SAID KERUAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan sudah tiba masanya Sabah diberikan autonomi ekonomi. 

Beliau berkata, birokasi sedia ada perlu dikurangkan bagi membolehkan negeri itu mendapat kapasiti untuk membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya. 

“Merujuk kepada kenyataan dibuat Datuk Seri Bung Moktar Radin terbaru di Parlimen, saya percaya sudah tibanya masa Sabah diberikan ‘autonomi ekonomi’.

“Kurangkan birokrasi dan berikan kerajaan Sabah kapasiti untuk membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya. 

“Jangan kita membuang masa dan wakilkan kepada Kerajaan Sabah mana-mana kuasa relevan untuk membuat keputusan kewangan dan pelaburan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meminta kerajaan Persekutuan memberikan autonomi penuh kepada negeri itu sebagai persediaan merebut peluang ekonomi selepas kerajaan Indonesia mengumumkan pelbagai projek infrastruktur dan peluang perniagaan di Kalimantan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya