Tempat kerja kekal kluster terbanyak, 14,345 kes baharu

Tempat kerja kekal kluster terbanyak, 14,345 kes baharu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 13 daripada 23 kluster Covid-19, hari ini, dengan Johor menjadi penyumbang terbanyak, lima kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, komuniti mencatatkan lapan kluster manakala kumpulan berisiko tinggi dan import, masing-masing satu kluster.

“Selain kluster tempat kerja di Johor, tiga di Perak, dua di Kelantan manakala Sabah, Selangor dan Melaka, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti, empat di Sarawak, tiga di Kelantan dan satu di Pahang manakala kumpulan berisiko tinggi, satu di Johor dan satu kluster import di Johor juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,345 kes berbanding semalam, 14,954 kes sekali gus diatasi 16, 814 kes sembuh dengan 1,167 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 636 kes memerlukan bantuan pernafasan.  

Katanya, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,611 kes diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090) dan Kelantan (1,050). 

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162) dan Negeri Sembilan (125). Perlis merekodkan 51 kes dan Putrajaya, 11 kes manakala Labuan sifar kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kes kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 110 kes berbanding semalam, 137 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat jam 8 malam, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan sedikit, sebanyak 376 kes berbanding semalam, 324 kes. Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 23,443 kes. 

Sebanyak 75 daripada 376 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,472 kes.  

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 148 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 11 kes diikuti Johor (43/29), Sabah (35/12), Kelantan (32/6), Pulau Pinang (29/18), Kedah (25/9), Sarawak (23/5), Kuala Lumpur (14/3), Perak (8/6), Terengganu (7/2), Pahang (6/4), Negeri Sembilan (4/1), Melaka (2/3) dan Perlis (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya