TBPR bawa pelumba baharu - Utusan Malaysia

TBPR bawa pelumba baharu

Saiful Azhary memperkukuhkan cabaran Tune Boss Pink Racing (TBPR) dalam saingan Cub Prix, musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Tune Boss Pink Racing (TBPR) membawa masuk pelumba baharu, Saiful Azhary dalam misi mengukuhkan cengkaman pasukan dalam perlumbaan Cub Prix, musim ini.

Saiful, 21 tahun yang berasal dari Johor akan beraksi dalam kategori CP125 bersama-sama dua lagi pelumba, Siti Norafizah Mohamad dan Mohd. Harith Farhan Baharin.

Saiful yang merupakan adik kepada Norafizah mula aktif dalam sukan permotoran pada 2005 dan telah beraksi dalam kejuaraan minibike itu sehingga tahun 2012 sebelum meneruskan kariernya ke kejuaraan Cub Prix.

Sepanjang pembabitannya dalam sukan permotoran, Saiful pernah muncul juara keseluruhan kategori Honda Future One Make Race pada musim 2014 selain bergelar naib juara keseluruhan kategori Wira pada tahun 2015.

“Semua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri tetapi keputusan untuk menyertai TBPR adalah disebabkan kemajuan yang telah dibuktikan oleh mereka.

“Walaupun pasukan ini baru, tetapi mereka telah menunjukkan konsistensi dalam setiap pusingan. Ini antara faktor yang menarik perhatian saya.

“Selain itu, gaya pengurusan pasukan ini juga amat teliti dalam segala hal,” kata Saiful.

Dia yakin, kehadirannya dalam pasukan TBPR akan memberi pengalaman baharu kepadanya dalam usaha untuk terus memantapkan kariernya.

Selepas dua pusingan setakat ini, TBPR berada di kedudukan keempat keseluruhan bagi kategori berpasukan dengan mengumpul 33 mata.

Pelumbanya pula kini berada dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori CP125 yang menyaksikan Norafizah menghuni tangga keenam keseluruhan dengan 19 mata manakala Harith di kedudukan kesembilan dengan meraih 14 mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya