Tapak Hospital Cyberjaya terpilih ungguli MiSHA Golden Safety Award 2021 - Utusan Malaysia

Tapak Hospital Cyberjaya terpilih ungguli MiSHA Golden Safety Award 2021

TAPAK Projek Hospital Putrajaya  mengungguli anugerah sulung MiSHA Golden Safety Award 2021 apabila menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Amalan dalam etika keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta alam sekitar khususnya berkaitan pembinaan projek menjadi faktor Tapak Bina Projek Hospital Cyberjaya mengungguli anugerah sulung MiSHA Golden Safety Award 2021.

Projek daripada syarikat Gadang Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd.itu memenangi anugerah anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) menewaskan 19 penyertaan lain yang 10 daripadanya adalah dalam sektor pembinaan dan selebihnya pula dari perkilangan serta perkhidmatan.

Turut terpilih untuk menerima anugerah tersebut seperti Tapak Bina Petronas Chemicals Methanol Labuan oleh MIE Industrial Sdn Bhd; dan Teluk Kalong Yard oleh Sapura Pinewell Sdn. Bhd.

Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaannya, Mohd Hafizudeen Hassan memberitahu, amalan aspek keselamatan dan kesihatan di tapak projek amat dititikberatkan menjadi budaya bagi syarikatnya dan dilihat mampu menjadi contoh kepada perusahaan lain.

“Kami percaya kejayaan ini dapat meningkatkan moral pekerja sekali gus memastikan tahap keselamatan terus menjadi keutamaan dan dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah yang disampaikan dalam satu majlis dianjurkan secara dalam talian itu adalah satu usaha pengiktirafan terhadap pelbagai sektor industri yang sentiasa mampan dalam mengekalkan standard keselamatan, kesihatan dan alam sekitar walaupun berdepan dengan masa mencabar akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Presiden MiSHA, Aziz Basiran memaklumkan, anugerah tersebut menampilkan proses pengadilan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dan peserta diminta membentang dan menjawab soalan dikemukakan oleh 10 juri berpengalaman

Tambahnya, antara yang diiktiraf adalah Pasukan Tindakan Kecemasan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Asrama Pekerja, Pengurusan Tapak Bina dan Tempat Kerja dan Pengurusan Alam Sekitar di Tempat Kerja.

“Pada tahun ini, kita memfokuskan kepada pasukan khas tersebut kerana mereka adalah barisan hadapan dan risiko yang mereka hadapi amatlah besar demi memastikan wabak Covid-19 ini dapat diputuskan dan tidak menular di kalangan pekerja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.