fbpx

Taman Monumen mula beroperasi, tawar harga istimewa

PENGUNJUNG melihat replika Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei di Taman Monumen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI

KUALA TERENGGANU: Ikon pelancongan Terengganu, Taman Monumen yang menempatkan 23 replika masjid terkenal dunia di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini kembali dibuka kepada orang ramai hari ini.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sempena pembukaan tersebut pengunjung berpeluang menikmati harga istimewa menerusi pakej-pakej menarik yang disediakan.

ARIFFIN DERAMAN

Katanya, dengan harga serendah RM15, orang ramai bukan sahaja dapat meneroka keseluruhan Taman Monumen itu, malah mencuba pengalaman menyusuri Sungai Terengganu dengan menaiki bot.

“Bagi kanak-kanak dan dewasa pula, tiket yang dikenakan untuk kedua-dua perkhidmatan itu hanya RM10.

“Tawaran harga istimewa ini sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan ke Taman Monumen yang berkonsepkan pendidikan dan hiburan sekali gus mempromosikan pelancongan Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat TTI hari ini.

Antara replika masjid yang terdapat Taman Monumen ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal, Masjid Al-Aqsa dan Masjid Sultan

Ariffin berkata, dua lagi monumen baharu akan ditempatkan di taman itu membabitkan masjid dari Timur Tengah dan China, dengan proses perbincangan masih lagi giat dilakukan pada masa ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, kos kira-kira RM10 juta diperlukan bagi kerja-kerja baik pulih dan mengindahkan landskap serta replika di Taman Monumen.- UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!