Tak boleh keluar masuk kampung sesuka hati - Utusan Malaysia

Tak boleh keluar masuk kampung sesuka hati

AB. Aziz Yusoff meninjau sekatan yang dilakukan penduduk Orang Asli Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ketika pelbagai kelonggaran diberi sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan, komuniti Orang Asli di Pos Simpor di sini pula sebaliknya apabila tetap meneruskan ‘PKP’ di kawasan perkampungan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati pintu masuk menuju ke penempatan tersebut dikawal ketat bagi menghalang orang luar keluar dan masuk secara bebas, sekali gus mencegah penularan wabak Covid-19.

Seorang penduduk Pos Simpor, Assim Ali, 40, berkata, pihaknya mengambil inisiatif membuat sekatan jalan kerana tidak mahu penularan Covid-19 di kampung-kampung di pedalaman tersebut baru-baru ini berulang lagi.

Katanya, kebanyakan kampung di Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Simpor, Pos Belatim dan Pos Hau sudah mendirikan sekatan masing-masing sejak dua bulan lalu.

“Sebelum ni orang luar masuk terlalu bebas, jadi kami bersama penghulu berbincang untuk mengadakan sekatan kerana ingin menjaga kesihatan ahli keluarga dan seluruh penduduk.

“Sebelum ini, ramai penduduk dijangkiti Covid-19 dan terpaksa dibawa keluar untuk dikuarantin atau menerima rawatan di hospital hingga terpisah daripada keluarga,” katanya ketika ditemui di sini semalam

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang turun padang meninjau kawasan memuji langkah penduduk di pedalaman membina sekatan di laluan masuk ke kampung mereka.

Katanya, usaha itu dibuat secara sukarela oleh penduduk tanpa diarahkan mana-mana pihak dan menunjukkan mereka serius mahu menangani penularan wabak Covid-19 di kawasan penempatan mereka.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.