PETALING JAYA: ASEAN perlu memiliki mekanisme simpanan makanan sebagai langkah menghadapi krisis global yang boleh menjejaskan bekalan dan kestabilan harga. Untuk itu, negara-negara anggota perlu merangka satu inisiatif yang menyentuh soal penyelarasan dan tindak balas kecemasan agar dapat dilaksanakan lebih pantas. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keselamatan makanan perlu dianggap sebagai keutamaan strategik serantau. Beliau berkata, krisis tenaga mula memberi kesan langsung terhadap keselamatan makanan apabila kenaikan harga…










