Suspek pencemaran tali air didakwa dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Suspek pencemaran tali air didakwa dalam masa terdekat

TUAN Ibrahim Tuan Man bergambar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Sungai Rembau, Lubok China, Rembau, Negeri Sembilan,  hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lapan suspek yang disyaki terlibat dalam perbuatan membuang sisa buangan industri terjadual ke tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di Johor Bahru, Johor baru-baru ini akan didakwa dalam masa terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, segala hasil mengenai insiden itu akan diserah kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

“Status terkini kita dapat kenal pasti punca dan kita telah hantar untuk pengesahan makmal. Kami sedang menunggu data-data yang lebih lengkap untuk kita teruskan dengan pendakwaan.

“Maklumat tersebut akan kami serahkan kepada pihak Peguam Negara masanya saya fikir selepas dokumen lengkap kita akan buat pendakwaan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Sungai Rembau, Lubok China, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, lapan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut telah direman.

Sebelum ini media melaporkan empat penduduk Kampung Baru Sri Aman pengsan manakala 128 lagi terpaksa dipindahkan selepas berlakunya pencemaran bau yang terhasil daripada pembuangan sisa kimia yang mengalir ke sungai berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam 14 September lalu, empat wanita berusia antara 22 hingga 49 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan susulan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya