Skim TSPKPS sasar bantuan geran kepada B40, tanah 10 ekar ke bawah

[Parlimen]: Skim TSPKPS sasar bantuan geran kepada B40, tanah 10 ekar ke bawah

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) akan disasarkan kepada golongan B40 dengan keluasan tanah 10 ekar ke bawah untuk tanaman sawit.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ia merupakan polisi baharu yang kerajaan sedang rancangkan supaya pekebun-pekebun kecil boleh menguruskan ladang sawit dengan lebih produktif.

“Ketika ini kita ada mempunyai seramai 208, 108 pekebun kecil persendirian dalam negara kita yang merangkumi 895, 267 hektar. Jadi ini merupakan 40 peratus daripada pekebun-pekebun sawit yang terlibat dalam industri sawit ini terdiri daripada pekebun-pekebun kecil.

“Kementerian sedang merancang memperkenalkan polisi untuk memberikan panduan bagaimana mereka boleh menguruskan ladang sawit mereka agar lebih produktif. Kerana itu, kita akan memperkenalkan bantuan bersasar, maknanya kita akan sasarkan kepada golongan B40 dulu yang mempunyai tanah seluas 10 ekar ke bawah.

“Kita akan menyasarkan kepada betul-betul golongan yang memerlukan bantuan iaitu golongan B40 yang mempunyai keluasan tanah sepuluh ekar ke bawah,” katanya bagi menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) meminta kerajaan menyatakan sekiranya pihak kementerian bercadang untuk memperkenalkan semula skim TSPKS secara percuma kepada pekebun kecil.

Menurut Zuraida lagi, skim ini juga akan diberi dalam bentuk geran, bukan lagi pinjaman.

“Kita akan membuat formula bagaimana nak membantu dengan memberikan geran, bukan pinjaman lagi. geran kepada golongan B40 yang mengusahakan ladang sawit ini,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya