Bahan sisa kimia dibawa dari lokasi lain - Ayob Khan

Sisa kimia dibawa dari lokasi lain – Ayob Khan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bahan kimia sisa buangan terjadual yang dibuang sehingga menyebabkan pencemaran di Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini dipercayai dibawa masuk ke kawasan berkenaan daripada lokasi lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun perkara itu masih berada dalam siasatan yang dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Katanya, soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk seorang pemilik premis yang direman masih lagi berjalan.

“Setakat ini masih kekal sembilan suspek yang telah ditahan untuk membantu siasatan, termasuk seorang pemilik premis. 

“Kita masih lagi membantu dan bekerjasama dengan JAS dan mungkin akan ada operasi susulan. Kita percaya lori ini ambil bahan kimia terbuang ini dari lokasi lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ujar Ayob Khan, siasatan setakat ini hanya melibatkan satu premis sahaja namun akan memaklumkan perkembangan berkaitan susulan operasi yang akan terus diadakan setakat ini.

“Insya-Allah kita akan kenal pasti dengan JAS bagaimana bahan-bahan buangan ini dibawa untuk dibuang. Kalau ada (perkembangan) kita akan maklum,” tambahnya.

Sebelum ini, lapan suspek yang disyaki terbabit dalam insiden pembuangan sisa kimia industri terjadual sehingga menyebabkan pencemaran itu direman tiga hari bermula semalam.

Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff dilaporkan berkata, seorang lagi suspek yang ditahan sudah selesai diambil keterangan semalam dan dilepaskan dengan jaminan polis manakala kes disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dalam insiden berkenaan, seramai empat orang penduduk kampung terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail ekoran mengadu sesak nafas, manakala 128 penduduk yang lain terpaksa dipindahkan ke balai raya di kampung berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya