Rugi besar Perak II dibubarkan - Utusan Malaysia

Rugi besar Perak II dibubarkan

MOHD. RASHIDI ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengumumkan pembubaran Perak II tahun depan disifatkan terlalu awal dan terburu-buru.

Pengurus pasukan Perak FC, Mohd. Rashidi Abdul Rahim berpendapat, satu kajian menyeluruh perlu diadakan sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, skuad Bos Gaurus akan kerugian besar jika Perak II dibubarkan kerana ia pasukan ‘feeder’ kepada pasukan utama.

“Lagipun pemain Perak II masih terlibat dalam pertandingan. Pengumuman seperti ini akan melemahkan semangat pemain.

“Sepatutnya satu perjumpaan diadakan terlebih dahulu dengan pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan terbabit bagi menerangkan pelan tindakan,” katanya.

Pemangku Presiden Pafa,  Datuk Mohamad Yadzan Mohamad kelmarin mengumumkan keputusan untuk membubarkan Perak II selepas skuad utama, Perak FC tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Dalam pada itu, Rashidi turut khuatir pengumuman oleh tersebut akan menyebabkan pemain lari bertempiaran ke pasukan lain.

Katanya, bola sepak Perak bukan hanya tertumpu kepada pasukan Liga Super atau Liga Perdana semata-mata.

“Sebaliknya, tumpuan perlu juga diberi kepada pembangunan dan pendedahan pemain muda,” ujar Rashidi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN