RM30 juta ubah suai Seri Perdana satu pembaziran - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

RM30 juta ubah suai Seri Perdana satu pembaziran – Syed Saddiq

KOMLEKS kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana di Putrajaya yang kos pengubahsuaiannya menelan belanja RM30 juta. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membelanjakan RM30 juta untuk ubah suai kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana merupakan satu pembaziran.

“Kenapa kerajaan suka bazir duit untuk pejabat dan kediaman rasmi ni? Sampai RM30 juta?

“Orang tengah susah, lapar dan sakit! Beribu perniagaan kena tutup, orang bankrap, student tak boleh bayar yuran universiti. Bantulah mereka,” katanya dalam hantaran ditwitter.

Isu kos baik pulih Seri Perdana itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang meminta Perdana Menteri menyatakan status projek berkenaan yang didakwa membabitkan kos sebanyak RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerja pengubahsuaian dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Katanya. selain itu juga, kos yang dikatakan menelan belanja sehingga RM30 juta itu turut membuat pengubahsuaian terhadap imej dalam menyambut tetamu utama negara.

Jelas Ismail Sabri, status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.

“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri.

“Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.