Pulau Tioman siap sedia dibuka - Utusan Malaysia

Pulau Tioman siap sedia dibuka

PULAU Tioman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Pembukaan semula ekonomi pelancongan adalah berita baik yang dinanti-nantikan semua pengusaha pelancongan di Pulau Tioman di sini kerana mereka telah lama bersiap sedia untuk beroperasi.

Seperti diketahui, sektor pelancong telah lama ditutup semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula pada hujung tahun lalu, jadi banyak pengusaha yang hilang punca pendapatan dan terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengusaha South Pacific Barakah Chalet, Pulau Tioman, Azamudin Kamaludin berkata, projek gelembung pelancongan di Pulau Tioman bermula 1 Oktober ini merupakan khabar gembira kepada pengusaha pelancongan di situ.

“Namun, harapan kami masih lagi ingin membanteras penularan wabak penyakit berjangkit Covid-19, jadi kami berharap agar pihak berwajib seperti Jabatan Taman laut, polis dan yang berkenaan untuk mengambil tindakan terlebih dahulu dalam mengawasi pelancong yang masuk dan keluar dari Pulau Tioman.

“Antara boleh dilakukan seperti melaksanakan ujian calitan kepada pelancong yang hadir ataupun mengenakan syarat pelancong yang sudah lengkap dua dos sahaja yang boleh bercuti ke Pulau Tioman.

“Selain itu, saya juga ingin menguar-uarkan kepada pihak berkenaan untuk melakukan promosi bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke Pulau Tioman,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, tiga destinasi baharu diluluskan menerusi projek gelembung pelancongan iaitu Genting Highland di Pahang, Melaka dan Pulau Tioman mulai 1 Oktober ini.

Azamudin berkata, Pulau Tioman merupakan sebuah destinasi yang sudah lama menjalankan sektor pelancongan kerana ia mempunyai tempat dan aktiviti menarik seperti Pulau Tulai, air terjun, aktiviti mengelilingi pulau, selam skuba dan snorkeling.

“Saya juga berharap agar kerajaan dapat segera membuka pintu masuk ke dalam negara agar pelancong dari luar juga dapat hadir dan justeru dapat meningkat pengaliran mata wang asing ke dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Peladang Tioman Chalet, Sukeri Khamis berkata, pembukaan bagi para pelancong ke Pulau Tioman memberi sedikit nafas untuk menjana pendapatan sebelum tibanya musim monsun pada hujung tahun ini.

“Alhamdulillah memang ditunggu-tunggu kerana ia kembali merancakkan ekonomi di Pulau Tioman.

“Kami di Peladang Tioman Chalet akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan walaupun ketat demi kebaikan semua,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya