Petronas sahkan kakitangan kontraktor ditahan isu 14 kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

Petronas sahkan kakitangan kontraktor ditahan isu 14 kematian Covid-19

KENYATAAN dimuat naik Petronas mengenai kes melibatkan seorang kakitangan kontraktor di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Petronas mengesahkan seorang kakitangan syarikat kontraktornya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu kematian melibatkan 14 ahli keluarganya akibat Covid-19.

Syarikat minyak dan gas itu juga menyatakan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk dakwaan yang dibuat lelaki yang bekerja di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu turut dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya tidak lama kemudian.

Tunku Ismail bertitah, pihak atasan telah menasihati Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” titah baginda.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej tular tersebut menyatakan lelaki yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya