Pemulihan bekalan air di 463 kawasan terjejas capai tahap 26 peratus - Utusan Malaysia

Pemulihan bekalan air di 463 kawasan terjejas capai tahap 26 peratus

AIR Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah
mencapai tahap 26 peratus.

Ini berkaitan status terkini pemulihan bekalan air di kawasan berkenaan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berikutan insiden pencemaran bau di
Sungai Semenyih.

Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:
1. Hulu Langat – 61.1 peratus
2. Sepang – 43.3 peratus
3. Putrajaya – 17.4 peratus
4. Petaling – 0 peratus
5. Kuala Langat 0 – peratus

Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam, 3 September ini. Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki. Sila rujuk aplikasi Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com dan semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram Air Selangor untuk maklumat bekalan air yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya