Peletakan jawatan Ku Li dibawa ke mesyuarat MT - Utusan Malaysia

Peletakan jawatan Ku Li dibawa ke mesyuarat MT

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan mesyuarat bulanannya pada 29 September ini dengan agenda utama antaranya isu peletakan jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat bulanan itu bukan sahaja membincangkan isu politik, namun semua perkara yang berkaitan untuk dibincang bersama-sama ahli MT.

“Kita akan bincangkan isu Ku Li dalam MT pada Rabu ini yang dihadiri oleh semua ahli MT dan Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran di Parit Baran, Jalan Sangkar 2, Ayer Baloi, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Dalam surat bertarikh 20 September yang dialamatkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh turut memaklumkan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa tarikh berkenaan.

Antara lain kandungan surat itu menyatakan kekecewaan Ku Li terhadap jemaah menteri pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Ditanya adakah peletakan jawatan Ku Li disebabkan beliau tidak dipilih menjadi Perdana Menteri Ke-9, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian enggan memberikan sebarang ulasan.


AHMAD Maslan (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Abdullah Ariffin ketika melawat rumah yang terbakar di Parit Baran, Jalan Sangkar 2, Ayer Baloi, di Pontian, Johor.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad memberikan tiga cadangan bagi mengatasi isu siswazah menganggur di negara ini yang disifatkan cukup membimbangkan bilangannya pada waktu ini.

Katanya, cadangan pertama Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) perlu dihidupkan semula dengan menukarnya kepada Skim Latihan Keluarga Malaysia bagi memberikan peluang menjalani latihan industri di jabatan dan agensi kerajaan.

“Kedua, bantuan geran atau pinjaman kepada syarikat yang baharu dimulakan oleh graduan perlu diperkenalkan selain menawarkan kursus asas perniagaan kepada penuntut institusi  pengajian tinggi (IPT),” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya