Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN perlu dibatalkan - Utusan Malaysia

Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN perlu dibatalkan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri perlu dibatalkan.

Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Dr. Abu Hafiz Sallehuddin berkata, sebaliknya sebuah MPN yang benar-benar efektif perlu ditubuhkan secepat mungkin dan bukannya diketuai individu yang gagal menguruskan negara serta wabak pandemik Covid-19.

Malah katanya, pelantikan tersebut tidak wajar kerana cadangan penubuhan MPN hakikatnya telah dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“MPN telah bersidang sebanyak tujuh kali dengan dianggotai majoriti ahli dalam kalangan pakar bidang masing-masing dan minoriti ahli dalam kalangan orang politik dengan komitmen tanpa gaji.

“Namun, MPN yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir telah ditolak dan dipandang sepi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Abu Hafiz berkata, apa yang menimbulkan persoalan di sebalik pelantikan tersebut apabila Muhyiddin yang telah diakui gagal dilantik semula dengan berstatus menteri.

“Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan ‘keyakinan’ bahawa beliau mampu mencadangkan strategi pemulihan negara, memperbaiki ekonomi dan memulihkan kehidupan rakyat. Sekiranya ‘harapan’ itu adalah benar, mengapa selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri, ‘harapan’ itu tidak tercapai dan terlaksana?

“Selain itu apa yang menghairankan apabila tiga Duta Khas Perdana Menteri yang tidak dapat diukur pencapaian mereka selama 17 bulan telah dilantik semula dan mereka mendapat keistimewaan bertaraf Menteri,” jelasnya.

Ini secara tidak langsung jelas Abu Hafiz, menunjukkan kepimpinan Ismail Sabri semakin gagal dalam mencorak pentadbiran negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya