Pejabat Peguam jangan kemuka rayuan isu Undi18 - Muda

Pejabat Peguam jangan kemuka rayuan – Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Muda menyeru Pejabat Peguam Negara untuk tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kucing berkenaan pelaksanaan Undi18, hari ini. 

Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu dalam satu kenyataan berkata, dengan keputusan tersebut, maka sudah tiba masanya semua pihak mengembalikan hak untuk menyertai proses demokrasi kepada anak muda negara ini. 

“Inisiatif yang mendapat sokongan merentas parti dan persetujuan lebih dari dua pertiga ahli Dewan Rakyat sepatutnya tidak lagi dilengah-lengahkan. 

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) boleh mengorak langkah baharu yang lebih progresif dengan mengambil jalan berbeza dengan perdana menteri terdahulu dengan membantu pelaksanaan #UNDI18 dengan kadar segera,” kata kenyataan itu. 

Terdahulu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Undi18 selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew membenarkan permohonan yang difailkan lima belia Sarawak untuk mencabar keputusan kerajaan terdahulu tidak melaksanakan pindaan Undi18 pada Julai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN