[PARLIMEN] Kerajaan tanggung kos beli kit ujian kendiri pelajar berasrama penuh - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan tanggung kos beli kit ujian kendiri pelajar berasrama penuh

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menanggung kos pembelian kit ujian kendiri Covid-19 dan ia akan dibekalkan di semua sekolah berasrama penuh seluruh negara.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos tersebut, sekali gus mereka tidak perlu membeli kit berkenaan bagi membenarkan anak mereka hadir ke sekolah berasrama penuh.

“Ya, kita akan sediakan kepada semua sekolah asrama penuh. Katakanlah sekolah asrama penuhnya berada di Kuala Lumpur murid ini berada di Terengganu, sekiranya mereka menaiki bas, kita akan kumpulkan mereka di salah sebuah sekolah asrama di Terengganu. Kita berikan kit kepada mereka untuk buat ujian, sekiranya negatif mereka boleh naik bas.

“Kerajaan menanggung untuk anak-anak yang akan masuk ke asrama dan juga kita akan sediakan di semua sekolah berasrama penuh seluruh negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya