[PARLIMEN] Kerajaan jamin bentang RUU Perhutanan Negara tahun ini - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan jamin bentang RUU Perhutanan Negara tahun ini

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Beliau berkata, RUU Perhutanan Negara mengambil masa yang lama untuk dibentangkan kerana masih ada seksyen yang belum dapat dimuktamadkan.

“RUU sebenarnya sudah diluluskan mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Januari lalu dan dibentangkan di mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78 pada 29 Januari lalu.

“Namun demikian, mesyuarat yang telah bersetuju dengan pindaan 47 seksyen dan penggubalan 15 seksyen baharu telah menghadapi sedikit kekangan kerana ada dua seksyen yang masih belum lagi dimuktamadkan kerana memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.

“Ini yang menyebabkan RUU ini belum dapat dibentangkan dan saya beri jaminan insya-Allah akan buat libat urus dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin juga memberi jaminan bahawa pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) akan turut dibacakan dan diluluskan pada sesi persidangan Parlimen tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya