Paras air tidak menentu, 136 mangsa kekal di PPS - Utusan Malaysia

Paras air tidak menentu, 136 mangsa kekal di PPS

KEADAAN banjir di Kampung Kuantan dan Kampung Tanjung Siam, Kuala Selangor dinaiki air Selasa lalu dipercayai kesan daripada peralihan monsun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Paras air tidak menentu menyebabkan seramai 136 mangsa banjir di daerah ini belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua penduduk daripada 45 keluarga itu masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka secara berperingkat sejak Ahad lalu.

Sekretariat Pengurusan Bencana daerah, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, pemantauan pihaknya mendapati banjir di semua lokasi terlibat belum surut sepenuhnya setakat ini.

“Paras air masih tidak menentu dan sentiasa berubah antaranya kerana faktor cuaca dan limpahan air sungai berdekatan kawasan berkenaan.

“Justeru, semua mangsa perlu ditempatkan di PPS sedia ada bagi mengelak pemindahan berulang berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya