Nabil bersanding kali kedua sempena ulang tahun perkahwinan - Utusan Malaysia

Nabil bersanding kali kedua sempena ulang tahun perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon popular, Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur di atas ulang tahun perkahwinannya yang ke-10.

Pengacara berusia 38 tahun itu turut memuat naik gambar bersanding di jenjang pelamin sebagai simbolik rumah tangga yang dibina bersama pasangan hidup, Nazirah Ayub.

“Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, 10 tahun yang cemerlang, gemilang, terbilang, terbalik, tergoyang, terhuyung-hayang terhanyut, tersalah, termaaf, terbuat lagi, terbuta, tercelik ,terbaik!

“Engkau maha baik ya Allah! Ya Rab Engkau maha Terbaik! Amin dosa kami terima amalan kami, lorong kami dekat dengan Mu ya Allah! Perkenankanlah! Selamanya dan seterusnya,” luah Nabil.

Terdahulu Nabil merealisasikan impiannya untuk merasa duduk di atas jenjang pelamin sekali lagi ketika siaran program hiburan MeleTop.

Menariknya, sambutan berkenaan ibarat pengantin baharu apabila kedua mempelai tersebut didendangkan sebuah lagu oleh penyanyi Lah Ahmad.

Menjengah ruang komen, pasangan merpati dua sejoli berkenaan disirami doa-doa semoga kekal bahagia hingga akhir hayat daripada rakan-rakan selebriti, pengikut dan peminatnya.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya