MySejahtera ditambah baik malam ini - KJ - Utusan Malaysia

MySejahtera ditambah baik malam ini – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam ini.

Katanya, antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.

Selain itu, kata beliau, daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka.

“Pasukan MySejahtera melakukan pembaharuan malam ini bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

“Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tambah Khairy, butang ‘daftar keluar’ disediakan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu.

Beliau berkata, ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beberapa langkah perlu dilakukan mana-mana individu yang lengkap divaksin untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan.

Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya