MUDA dapat kebenaran cabar keputusan kerajaan - Utusan Malaysia

MUDA dapat kebenaran cabar keputusan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi hari ini untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan yang enggan mendaftarkannya sebagai parti politik.

Keputusan itu dicapai oleh Hakim Datuk Noorin Badaruddin selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selaku responden-responden, tidak membantah permohonan tersebut.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md. Ali mewakili responden-responden manakala peguam Lim Wei Jiet mewakili MUDA.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Parti baharu itu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kumpulan penaja MUDA memfailkan semakan kehakiman ekoran keputusan Hamzah pada 12 Ogos lalu yang menolak permohonan untuk mendaftarkannya sebagai parti politik.

MUDA sebelum ini turut memfailkan semakan kehakiman yang lain bagi memaksa kerajaan memutuskan rayuan yang dibuat pada 4 Februari lalu untuk pendaftaran parti.

Namun, semakan kehakiman itu ditarik balik ekoran keputusan Hamzah menolak rayuannya pada 12 Ogos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya