Masih ada warga Kuala Lumpur gagal penjarakan fizikal

Masih ada warga Kuala Lumpur gagal penjarakan fizikal

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gagal menjaga penjarakan sosial antara kesalahan dikenal pasti Polis Kontinjen Kuala Lumpur ketika pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar ibu negara. 

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, walaupun banyak kelonggaran SOP diberikan namun pihaknya tetap melakukan pemantauan di kawasan awam. 

“Ini bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan. Antara kesalahan banyak dilakukan orang ramai adalah tidak menjaga penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Azmi berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai parti-parti liar termasuk penyalahgunaan dadah.

Ujar beliau, ini susulan banyak serbuan dijalankan Kontinjen Kuala Lumpur berhubung penganjuran parti liar terutamanya di kondominium mewah. 

“Kita minta seluruh warga Kuala Lumpur mematuhi SOP agar dapat mewujudkan budaya cakna Covid-19 dengan tahap kesedaran yang tinggi.

“Ini kerana kita belum menang sepenuhnya dalam mengekang penularan virus ini,” ujar beliau. 

Setakat semalam, Kuala Lumpur mencatatkan kes harian sebanyak 338 dengan jumlah keseluruhan iaitu 189,322 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya