Lima dari 18 MoU akan dilaksana segera - Fahmi Fadzil

Lima daripada 18 MoU akan dilaksana – Fahmi Fadzil

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lima daripada 18 perkara yang terdapat di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pihak pembangkang bakal dilaksanakan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu hantaran menerusi Twitternya, hari ini. 

“Setakat semalam, lima dari 18 Perkara (28 peratus) yang dipersefahami diumumkan akan dilaksana. Selepas itu lebih banyak lagi akan menyusul, insya-Allah,” katanya ringkas. 

Berdasarkan infografik yang dikongsi, lima perkara itu adalah Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti atau undang-undang berkenaan, mempercepatkan Undi18 dan pendaftaran automatik, penambahan RM45 billion had dana Covid-19 menjadikan nilai keseluruhan RM110 billion, pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank untuk rakyat B50 dan peruntukan sama rata ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah apabila julung kali memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.