Lima beranak nyaris rentung - Utusan Malaysia

Lima beranak nyaris rentung

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah dua tingkat yang terbakar kira-kira 70 peratus di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lima beranak terselamat daripada kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat dalam kejadian di Taman Sri Mewah, Simpang Renggam, di sini pada pukul 9.53 pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Aini Jahid, kejadian kebakaran itu disedari oleh mangsa yang juga ibu kepada empat beranak ketika sedang memandikan salah seorang daripadanya.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai bermula daripada salah sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

“Sebuah jentera LFRT dari BBP Renggam dibantu BBP Ayer Hitam bersama sebuah jentera FRT dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), kebakaran rumah dua tingkat berkeluasan 22×70 kaki persegi memusnahkan 70 peratus daripada keseluruhan rumah melibatkan ruang tamu, dapur dan bilik tidur.

“Pemilik yang juga suami kepada mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian kerana keluar membeli sarapan dan bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi isterinya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 11. 35 pagi setelah situasi berada dalam keadaan terkawal. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya