Mahu jual semula tiket konsert BTS di Paris, peminat dakwa Ernie Zakri hamil - Utusan Malaysia

Mahu jual semula tiket konsert BTS di Paris, peminat dakwa Ernie Zakri hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Belum hamil lagi. Tolong doakan.”

Demikian respons penyanyi, Ernie Zakri menafikan dakwaan dirinya sedang berbadan dua kerana mahu menjual kembali tiket konsert kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS  di Paris.

Menurut Ernie, dia memiliki dua tiket VIP konsert tersebut yang dibeli secara rawak, namun terpaksa dilepaskan tanpa memaklumkan sebab yang terperinci.

“Saya mahu tanya sahaja. Kalau ada yang mahu beli tiket konsert BTS tapi di Paris, ada yang nak ke? Sebab saya ada dua. Tempat duduk VIP. Tolonglah ada yang mahu beli

“Kaki konsert main beli saja dulu. Tapi harganya agak mahal sebab saya beli dalam nilai mata wang Eropah,” katanya di Threads.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang musykil mengapa penyanyi lagu Masing-Masing itu tidak dapat menghadiri konsert berkenaan.

Dalam masa sama, ada yang berseloroh mendakwa Ernie kini sedang hamil susulan sebelum ini dia juga tidak dapat menghadiri konsert lain yang berlangsung di Singapura.

“Kak Ninie ini Singapura tidak dapat pergi, Paris tidak dapat pergi. Mengandung ke?,” seloroh seorang peminatnya.

Difahamkan, seramai 1.3 juta peminat kumpulan K-Pop itu berperang untuk mendapatkan tiket konsert BTS World Tour ‘ARIRANG’ yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Disember ini sejak Rabu lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN