Lelaki sesak nafas maut di pasar - Utusan Malaysia

Lelaki sesak nafas maut di pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia lewat 40-an yang mengalami sesak nafas di laluan pejalan kaki ke Pasar Besar Alor Setar bersebelahan sebuah pasar raya di Taman Anggerik di sini sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa, Haslimi Yusof dari Kuala Kedah dikatakan mengalami sesak nafas ketika berada di laluan pejalan kaki tersebut.

“Sebelum rebah, lelaki itu sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, polis tidak mengesyaki sebarang motif jenayah berdasarkan keterangan waris mangsa dan saksi-saksi di tempat kejadian serta siasatan yang dilakukan di lokasi tersebut.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses selanjutnya,” tambahnya.

Tambahnya, kes diklasifikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN