Shopee perluas jelajah komuniti ke Johor, bantu PKS tempatan - Utusan Malaysia

Shopee perluas jelajah komuniti ke Johor, bantu PKS tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform e-dagang terbesar Asia Tenggara, Shopee membawa inisiatif Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti ke Pengerang, Johor sebagai sebahagian daripada Hari Terbuka Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Johor 2026.

Acara tersebut menghimpunkan lebih 200 usahawan tempatan, bakal usahawan, afiliasi dan ahli komuniti menerusi siri sesi perkongsian praktikal yang memberi fokus kepada keusahawanan digital, pertumbuhan perniagaan dalam talian serta cara memperluaskan capaian pasaran melalui e-dagang.

Ketua Hal Ehwal Korporat Shopee Malaysia, Nadia Anwar berkata, Johor mempunyai potensi perkembangan besar melalui e-dagang, terutamanya produk makanan artisan seperti pes tradisional Muar dan makanan tempatan serta kraftangan tekstil warisan dan pakaian.

“Di Shopee, kami komited untuk menjadikan e-dagang lebih mudah diakses oleh usahawan tanpa mengira lokasi mereka menerusi penyediaan platform, ilmu pengetahuan dan sokongan yang diperlukan untuk menyertai ekonomi digital dengan lebih yakin.

“Oleh itu, melalui Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti, kami berharap dapat membantu lebih banyak perniagaan tempatan memperkukuh keupayaan digital mereka, menjangkau pelanggan di luar komuniti setempat dan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said yang hadir merasmikan acara itu berkata, program tersebut menekankan kepentingan melengkapkan perniagaan tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyertai ekonomi digital.

“Usahawan tempatan perlu dilengkapi dengan kemahiran untuk merebut peluang dalam ekonomi digital seiring dengan perkembangan Johor sebagai hab ekonomi.

“Program seperti Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti membantu membawa pengetahuan dan kemahiran digital yang praktikal lebih dekat kepada komuniti, sekali gus membolehan lebih ramai usahawan dan perniagaan berkembang serta menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi tempatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN