Laluan lencongan dibina minggu depan - Utusan Malaysia

Laluan lencongan dibina minggu depan

KEADAAN jalan runtuh di Kilometer 43.9 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu laluan lencongan akan dibina di laluan FT185 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands di Kilometer 43.9 yang ditutup akibat runtuhan jalan, semalam.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, Ir Jeffryl Azniel Adzar berkata, laluan itu akan dibina bermula minggu depan  selepas keadaan cerun dilaporkan stabil.

“Kerja-kerja membina laluan lencongan itu bergantung kepada pemantauan runtuhan cerun tersebut, jika ia stabil maka JKR akan mulakan pembinaan minggu depan.

“Tarikh bila laluan itu boleh dibuka, juga bergantung kepada pemantauan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian runtuhan jalan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai itu melibatkan runtuhan sepanjang kira-kira 30 meter.

Runtuhan yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu berpunca daripada cerun runtuh disebabkan hujan berterusan dan mengakibatkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

Berikutan itu, laluan di kawasan tersebut ditutup bermula pukul 9 malam di mana pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 iaitu Jalan Tapah ke Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya