Koperal didakwa terima suapan - Utusan Malaysia

Koperal didakwa terima suapan

MOHAMED SYAFFIQ Mohammed Sidek (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM700 bagi membebaskan seorang lelaki yang didapati memiliki ketum, Disember lalu.

Tertuduh, Mohamed Syaffiq Mohammed Sidek, 32, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 25 Disember tahun lalu, antara pukul 1 petang hingga 2 petang di Balai Polis Kuantan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan kes tersebut dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Ketika prosiding pendawaan dijalankan, tertuduh tidak diwakili peguam membuat rayuan agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah memandangkan dia mempunyai tanggungan seorang isteri, dua anak berusia tiga dan tujuh tahun serta menjaga ibu yang uzur.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menetapkan RM10,000 bagi ikat jamin, namun Hakim membenarkan rayuan tertuduh dan memutuskan kadar ikat jamin sebanyak RM7,000.

Tertuduh kemudian membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 25 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya