Kes sembuh 22,970, atasi kes positif baharu 17,577

Kes sembuh 22,970, atasi kes positif baharu 17,577

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 11 daripada 19 kluster Covid-19, hari ini, dengan Perak menjadi penyumbang terbanyak, empat kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, enam kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, kluster tempat kerja didominasi Perak yang mencatatkan empat kluster diikuti Johor dan Selangor, masing-masing dua kluster manakala Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kes.

“Komuniti pula, Kelantan dan Pahang, masing-masing dua kluster manakala Kedah dan Sarawak, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, Johor mencatatkan dua kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,577 kes berbanding semalam, 18,815 kes sekali gus diatasi kes sembuh sebanyak 22,970 kes dengan 1,223 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 720 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,480 kes diikuti Selangor (2,646), Johor (2,334), Perak (1,596), Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173)

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kelantan (869) dan Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198)

“Perlis merekodkan 41 kes dan Putrajaya (31) manakala Labuan hanya 10 kes,” katanya. 

Dalam perkara berkaitan kematian pula, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 107 kes sekali gus merekodkan penurunan kes berbanding kelmarin, 133 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my, jumlah kematian sebenar pula hanya satu kes berbanding 19 kes kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku penurunan, sebanyak 346 kes berbanding kelmarin, 422 kes. 

Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 22,355 kes. 

Sebanyak 105 daripada 346 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,263 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 94 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Kedah (82/6), Johor (59/22), Sabah (47/16), Pulau Pinang (30/17), Sarawak (14/5), Terengganu (4/3), Melaka (4/3), Perak (3/9), Kelantan (3/5), Kuala Lumpur (3/3), Perlis (3/1), Pahang (0/3) dan Negeri Sembilan (0/2)

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN