Kerja pembaikan paip pecah di Seksyen 23 selesai - Utusan Malaysia

Kerja pembaikan paip pecah di Seksyen 23 selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan Seksyen 23 selesai pukul 6 pagi tadi yang penduduk di enam kawasan terjejas bakal menerima bekalan air secara berperingkat mulai tengah hari ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor), bekalan air akan disambung secara berperingkat di enam kawasan terlibat pada pukul 6.15 pagi.

“Enam kawasan di dalam Wilayah Shah Alam yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah Seksyen 18, Seksyen 19,Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

“Bekalan air akan disalurkan  berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini,”katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Pihak Air Selangor berkata, para pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sehingga gangguan bekalan air tidak berjadual ini berakhir.

Semalam Air Selangor memberitahu, pihaknya akan turut menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya