Kerajaan sedang draf Rang Undang-Undang (RUU) 355

Kerajaan sedang draf RUU 355

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 sedang didraf oleh kerajaan.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

“Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.

“Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Terdahulu, Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan strategik bagi memperkasakan mahkamah syariah menerusi pindaan Akta 355 bagi tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya