Kerajaan pembuat dasar atau hanya 'pak turut'? - Kit Siang 

Kerajaan pembuat dasar atau hanya ‘pak turut’? – Kit Siang 

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kabinet sepatutnya mengarahkan Peguam Negara menarik semula rayuan dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi mengenai isu kerakyatan anak kepada ibu warganegara Malaysia dan bapa warganegara asing. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tiada keperluan kerajaan membincangkan isu berkenaan selain cadangan bagi meminda Perlembagaan Persekutuan adalah hal berlainan. 

“Ia tidak boleh dikelirukan dengan komitmen kerajaan untuk menegakkan undang-undang dan menghormati hak asasi rakyat negara ini.  

“Inilah masanya bagi Kabinet menunjukkan kehebatan mereka jika benar mereka adalah pembuat dasar atau hanya ‘pak turut dan mak turut’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kewarganegaraan automatik kepada anak dilahirkan di luar negara ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.

Bagaimanapun, 13 September lalu, kerajaan memutuskan mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut yang mengundang kritikan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, rayuan itu bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaannya sementara perlembagaan dipinda memudahkan ibu-ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan anak di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya