KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pihak agar tidak cepat berpuas hati dengan kadar vaksinasi yang sudah mencapai pada tahap 75 peratus.
Titah Seri Paduka, usaha hendaklah diteruskan oleh semua pihak bagi mengekang penularan wabak Covid-19 terutamanya kemunculan pelbagai varian baharu.
“Kini hampir 75 peratus pekerja sektor pembuatan yang berdaftar dengan imunisasi, industri telah menerima vaksinasi lengkap dan telah membantu meningkatkan produktiviti di sektor pengilangan dan pembuatan.
“Di sebalik kejayaan ini beta menyeru supaya kita jangan cepat terleka dan berpuas hati. Usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu.
“Hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan harian Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan seberapa sektor,” titah Seri Paduka. – UTUSAN ONLINE