Jawatankuasa teknikal jalankan siasatan helikopter Super Lynx

Jawatankuasa teknikal jalankan siasatan helikopter Super Lynx

ADLY Zahari menyampaikan baucar kepada penerima sempena Program Jom Shopping Barangan Sekolah 2026 di sebuah pasar raya di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka hari ini.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Siasatan menyeluruh akan dijalankan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke atas helikopter Super Lynx yang terlibat dalam insiden pendaratan cemas di Pantai Klebang dekat Encore Rabu lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, siasatan berkaitan insiden itu akan dijalankan Jawatankuasa Teknikal TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah ditubuhkan.

Menurutnya, siasatan rapi itu adalah bagi mengenal pasti punca insiden tersebut hingga menyebabkan empat kru mengalami kecederaan manakala seorang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Katanya, bangkai helikopter tersebut berjaya dikeluarkan daripada tempat kejadian pada petang Khamis lalu dan telah dihantar ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk penilaian teknikal.

“Jadi kita akan lihat semua aspek kerana kita tahu bahawa kemalangan bila berlaku semua aspek harus diambil kira kerana kita harus lihat bagaimana kita berusaha untuk elakkan kemalangan daripada terus berlaku.

“Bangkai helikopter telah kita dah bawa ke pengkalan TLDM di Lumut, Perak untuk kita buat siasatan dalaman bagi mengetahui punca insiden berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Shopping Barangan Sekolah 2026 di sebuah pasar raya di Pulau Sebang di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 10.50 malam Rabu lalu itu, pesawat yang dinaiki empat kru sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM) di Encore, Klebang dekat sini.

Seramai empat kru udara berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN