HSKLU: MN dakwa Selangor mungkir janji - Utusan Malaysia

HSKLU: MN dakwa Selangor mungkir janji

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) terus menarik perhatian ramai pihak, malah Muafakat Nasional (MN) Selangor turut meluahkan kekecewaan terhadap perkara itu yang diputuskan melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Kekecewaan itu susulan kerajaan negeri didakwa berjanji menangguhkan dan menyemak semula usul tersebut ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 yang berakhir, Isnin lalu berhubung penyahwartaan kawasan hutan seluas 536.7 hektar.

MN dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi mendakwa, tindakan penyahwartaan tersebut mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan(PH) di negeri itu tidak lagi mempunyai integriti.

“Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Exco bertanggungjawab, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian.

“Tindakan ini mencerminkan kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada ketika ini tidak lagi mempunyai integriti seperti diikrarkan dalam Manifesto PH dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Selangor sebelum ini mengenakan beberapa syarat kepada syarikat yang mendapat tanah tersebut, Gabungan Indah Sdn. Bhd. (Gabungan Indah) yang dinyahwartakan pada Mei lalu.

Antara syarat dikenakan terhadap syarikat terbabit seperti melakukan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), Kajian Impak Sosial (SIA) serta mengekalkan kawasan hijau sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, gabungan tersebut kesal kerana kerajaan Selangor mengentepikan protes serta bantahan awam dan suara beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), baik dari pihak kerajaan atau pembangkang yang lantang menolak tindakan tersebut.

“Kerajaan negeri perlu sentiasa mengamalkan urus tadbir yang baik dan penuh berintegriti demi negeri dan rakyat secara keseluruhannya.

“Justeru, kami mendesak mereka supaya akur serta menghormati suara rakyat dengan bertindak membatalkan penyahwartaan ini serta-merta tanpa berdolak-dalik,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya